Terengganu harap royalti dibayar - Utusan Malaysia

Terengganu harap royalti dibayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 9 Jan. – Kerajaan negeri meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan baki pembayaran royalti minyak kepada Terengganu yang masih tertunggak, sebelum akhir bulan ini.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu sudah dibincangkan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, Tun. Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dan masih menunggu perkembangan lanjut mengenainya.

“Walaupun ia royalti tahun lalu namun, bayarannya masih boleh dibuat pada tahun ini. Jadi harapan itu sangat tinggi bukan saja di pihak kerajaan ne­geri malah, rakyat Terengganu.

“Kita harap pembayaran itu dapat diselesaikan dalam Januari ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir memberitahu, penya­luran baki royalti minyak kepada Te­reng­ganu akan dise­lesaikan apabila kerajaan Persekutuan mem­punyai kewa­ngan mencukupi.

Beliau bagaimanapun tidak meletakkan sebarang sasaran tempoh bagi me­nyalurkan bayaran berkenaan.

Difahamkan, sehingga kini, kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan sudah membuat pembayaran seba­nyak tiga kali kepada Terengganu yang berjumlah RM450 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×