Teknologi tanpa wayar: Kerajaan kaji beberapa polisi - Utusan Malaysia

Teknologi tanpa wayar: Kerajaan kaji beberapa polisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji polisi-polisi berkaitan khususnya melibatkan spektrum dan struktur industri dalam usaha memperluaskan teknologi tanpa wayar di negara ini.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara digital.

“Teknologi tanpa wayar adalah penting dalam mencapai objektif ini dan untuk itu, kementerian saya sedang meneliti beberapa polisi yang berkaitan.

“Tindakan ini juga secara tidak langsung dapat mewujudkan sebuah industri yang mampan selain situasi menang-menang bagi rakyat, kerajaan dan operator,” katanya dalam Majlis Pelancaran Ibu Pejabat Celcom baharu, @celcom, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Celcom Axiata Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN