LAUT mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Perumpamaan tersebut barangkali cocok untuk menggambarkan kemelut rumah tangga yang melanda pelawak Tauke dan isterinya, Nadia Mohd. Efendi. Masakan tidak, tiada angin tiada ribut, pada 5 Januari lalu, tiba-tiba sahaja isterinya itu menerusi laman sosial, mendakwa telah bercerai dengan Tauke atau nama penuhnya, Zamratul Amri Zakaria, 42. Ditemui Kosmo! pada minggu semi final Maharaja Lawak 2018 (MLM 2018) Jumaat…










