Tambah bonggol depan sekolah - Utusan Malaysia

Tambah bonggol depan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SAYA
memohon jasa baik pihak berkaitan agar dapat menambah jumlah bonggol jalan di depan Sekolah Kebangsaan Slim Village, Slim River, Perak.

Ini kerana satu bonggol yang sedia ada tidak mencukupi berikutan banyak kenderaan dipandu begitu laju di kawasan itu.

Saya sudah membuat laporan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi dimaklumkan yang agensi tersebut belum ada peruntukan mencukupi.

Persoalannya, sampai bila keadaan ini akan berterusan? Adakah sehingga kemalangan maut berlaku baharu hendak dibina bonggol lain? Diharap perkara ini dipandang serius oleh pihak berkuasa.

PEMBACA UTUSAN

Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×