Tak sangka bayi diasuh 
bakal bergelar Agong - Utusan Malaysia

Tak sangka bayi diasuh 
bakal bergelar Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 24 Jan. – Pemilihan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 disam­but gembira oleh segenap lapisan masyarat termasuk seorang warga emas yang tidak me­nyangka bayi yang diasuh­nya sejak berusia tiga hari menjadi ketua negara.

Hashimah Mad Ali, 84, berkata, sebagai bekas penga­suh putera sulung Sultan Ahmad Shah itu, dia berbangga apabila Sultan Abdullah, 60, dilantik menjadi Sultan Pahang seterusnya sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi menge­tuai negara ini berkuat kuasa 31 Januari ini.

“Inilah bayi yang semasa kecil dahulu mesra dipanggil de­ngan panggilan Tengku Alam, kini sudah

HASHIMAH MAD ALI
HASHIMAH MAD ALI 

pun bergelar Sultan Pahang dan dilantik pula sebagai Yang di-Pertuan Agong.

“Saya yakin Sultan Abdullah akan menjadi seorang peme­rintah yang baik dan adil kepada rakyatnya serta negara ini kerana ciri-ciri itu sememang­nya telah wujud sejak Sultan Abdullah masih kecil,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Mengkasar di sini hari ini.

Menceritakan pengalamannya mengasuh Sultan Abdullah, Hashimah berkata, ketika berusia 17 tahun, dia dipanggil oleh Sultan Ahmad Shah yang ketika itu meme­gang jawatan Tengku Mahkota Pahang untuk menjaga Sultan Abdullah buat sementara waktu.

“Masa itu saya tinggal di Istana ­Ma­ng­ga Tunggal yang terletak di Pekan dan saya menjaga Sultan Abdullah di situ sehingga usia Sultan Abdullah kira-kira tujuh tahun.

Semasa kecil, Sultan Abdullah merupakan seorang anak yang manja, baik dan bijaksana,” katanya.

Menurutnya, walaupun pe­ris­tiwa itu telah lama berlalu namun kenangan mengasuh Sultan Abdullah tidak akan pudar dalam ingatannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×