Tabung Wira Merah Muhammad Adib dibuka sehingga dimaklumkan - Utusan Malaysia

Tabung Wira Merah Muhammad Adib dibuka sehingga dimaklumkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tabung Wira Merah bagi Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang terkorban semasa bertugas, akan dibuka berterusan sehingga dmaklumkan tarikh penutupannya, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menerusi akaun twitter JBPM, jabatan itu memohon maaf berhubung kenyataan sebelum ini yang menyatakan tarikh tutup sumbangan tabung berkenaan adalah pada 31 Januari.

“Untuk makluman, tabung ini akan dibuka berterusan sehingga dimaklumkan kelak. Segala kesulitan amat dikesali,” kata JBPM.

JBPM dalam kenyataannya hari ini berkata, orang ramai yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya melalui wang tunai, cek dan Pemindahan Dana Elektronik (EFT).

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Akauntan Negara Malaysia – KPKT- T pada Bank Muamalat Malaysia Berhad, 16010000876715, dengan catatan Wira Merah Adib. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN