KUALA LUMPUR 7 Jan. – Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dilaporkan berlangsung hari ini memutuskan supaya Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilantik sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong. Perkara tersebut dimaklumkan oleh sumber terdekat kepada Sultan Nazrin, menurut laporan Astro Awani. Keputusan itu dicapai susulan mesyuarat yang dihadiri enam daripada sembilan Sultan di Istana Negara di sini. Sultan-sultan yang hadir dalam mesyuarat lebih sejam itu ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya