KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tiga individu kelmarin bagi membantu siasatan mengenai dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina keputusan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ketiga-tiga individu tersebut yang ditahan ialah Eric Liew Chee Ling, 46; Azham Akhtar Abdullah, 27, dan Nur Alia Astaman, 26.
“Pemilik akaun Facebook, Eric Liew dan dua akaun Twitter masing-masing milik @azhamakhtar serta @aliaastaman ditahan susulan daripada pihak polis menerima beberapa laporan berhubung tindakan mereka yang memuat naik komen berunsur hinaan menerusi media sosial berkenaan.
“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










