SPRM tahan tujuh kontraktor buat tuntutan palsu - Utusan Malaysia

SPRM tahan tujuh kontraktor buat tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh kontraktor selepas dipercayai terlibat dalam kes tuntutan palsu berhubung kerja pembekalan di Jabatan Perpaduan Negeri Johor berjumlah RM48,600 dua tahun lalu.

Kesemua tujuh suspek termasuk dua perempuan berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun masing-masing merupakan pemilik syarikat berlainan ditahan di Pejabat SPRM cawangan Kluang pada pukul 4 petang semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM, hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua kontraktor tersebut telah mengemukakan tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja pembekalan di Jabatan Perpaduan Negeri Johor.

“Kerja-kerja pembekalan yang berjumlah RM48,600 itu bagaimanapun tidak dilakukan oleh kesemua kontraktor yang terbabit,” jelas kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×