Sinar baharu atlet menembak - Utusan Malaysia

Sinar baharu atlet menembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Setelah hampir dua tahun memperjuangkan hak mereka selepas digugurkan daripada Program Podium, ak­hirnya nasib tiga atlet menembak negara, Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi akan diberikan pengadilan sewajarnya.

Ayuni dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya berkata, perjuangan untuk mendapatkan hak mereka masih belum selesai dan ia akan diteruskan menerusi proses bicara penuh dengan segala bukti akan didedahkan kepada mahkamah.

“Terima kasih kepada hakim yang adil dan bijaksana dalam menilai kes kami yang telah hampir dua tahun. Laluan kami sangat sukar, tetapi berkat usaha dan tidak putus asa akhirnya mendapat keadilan untuk ke bicara penuh,” katanya.

Kes itu bermula selepas Institut Sukan Negara (ISN) menggugurkan ketiga-tiga atlet ber­kenaan daripada program latihan elit itu pada Februari 2017 atas alasan kurang menyer­lah sebelum mereka memfailkan tuntutan saman pada Oktober tahun sama.

Bagaimanapun, kes itu ditolak untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa didengari terlebih dahulu sebelum mereka bertindak membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan, hari ini membenarkan kes itu untuk menjalani perbicaraan penuh dan pengurusan kes ditetapkan pada 27 Februari ini.

Sementara itu, peguam bela ketiga-tiga atlet itu, Azlan Mazhod berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk penyele­saian di luar mahkamah, namun, sehingga ke hari ini tiada sebarang wakil daripada badan sukan negara itu tampil bagi membincangkan perkara tersebut.

Katanya, perkara itu, sebelum ini sudah dibincangkan bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, namun, ia tidak me­nunjukkan sebarang perkembangan dan kekal seperti sebelum ini.

“Kes ini telah dibawa ke Mahkamah Sesyen tetapi ISN menggunakan Akta ISN Seksyen 44 yang mana mereka memiliki imuniti daripada sebarang pendakwaan, akhirnya kes ditolak tanpa didengari terlebih dulu iaitu hanya di peringkat ‘interlokiteri’.

“Memang kita terbuka untuk penyelesaian di luar mahkamah kerana paling penting adalah selesaikan kes ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN