BENTONG 31 Dis. – Serampang dua mata. Selain mempelajari ilmu bela diri, silat kini menjadi platform baharu yang amat signifikan dalam mengatasi masalah gejala sosial yang semakin mencabar khususnya dalam kalangan golongan muda Melayu. Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, sehubungan itu pihaknya akan memfokuskan penyertaan golongan muda dalam PSSGM bagi membentuk generasi baharu yang terbaik. “Silat gayung akan mencuba sebaik mungkin mendampingi anak muda demi untuk membantu kerajaan mengurangkan gejala sosial kerana kita tidak mahu melihat anak-anak Melayu kita terbabit dengan gejala sosial.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya