Israel putus talian internet di Gaza

Israel putus talian internet di Gaza

NURUL AIN HARON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Krisis kemanusiaan di Gaza memasuki fasa lebih kritikal apabila rejim Zionis Israel dilaporkan telah memutuskan talian internet terakhir di wilayah bergolak itu semalam, sekali gus menyebabkan komunikasi dengan dunia luar terhenti sepenuh­nya.

Eksekutif Strategik Perhubu­ngan Awam Cinta Gaza Malaysia (CGM), Haikel Zulkefli berkata, tindakan tersebut menyukarkan proses penyebaran maklumat dari Gaza khusus­nya melibatkan wartawan dan petugas kemanusiaan tempatan.

“Israel bukan sahaja memutuskan talian internet terakhir, malah turut menghalang pekerja penyelenggaraan mem­baiki infrastruktur yang rosak akibat pengeboman.

“Situasi ini menyebabkan hubungan kami dengan wakil di Gaza terputus, dan kami masih menunggu perkemba­ngan lan­jut daripada mereka sejak semalam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Haikal turut memaklumkan bahawa misi kemanusiaan Soumoud Tunisia ke Gaza yang digerakkan beberapa hari lalu juga tersekat apabila kerajaan Mesir tidak membenarkan konvoi bantuan itu menyeberang ke Rafah.

“Mesir dilihat bersikap bermuka-muka dalam isu Palestin. Sedangkan negara seperti Maghribi yang telah menormalkan hubu­ngan dengan Israel masih membenarkan rakyatnya menyertai misi kemanusiaan ke Gaza melalui Tunisia dan Libya,” katanya.

Sementara itu, Nurul Ain Haron yang berkahwin dengan rakyat Gaza meluahkan kebimbangan terhadap keada­an ahli keluarganya yang kini berdepan pelbagai penderi­taan.

“Anak-anak buah saya di­jangkiti penyakit kulit yang teruk, kaki mereka berkudis dan berair. Mereka tiada akses air bersih dan terpaksa mandi di laut. Udara juga kotor dan makanan pula sangat terhad,” katanya ketika dihubungi.

Nurul Ain berkata, terdapat trak membawa tepung daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memasuki Gaza, namun sebahagiannya dicuri dan dijual dengan harga melampau, memburukkan lagi keada­an penduduk yang sudah sedia menderita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×