KUALA LUMPUR 8 Jan. – Hasrat pemain pertahanan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Shazrul Imran Nazli untuk mengharungi kempen Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL 2019) bersama pasukannya tidak kesampaian apabila disahkan mengalami kecederaan kaki kiri. SHAZRUL menyaksikan pasukannya menjalani latihan di Stadium Tengku Abdullah, Bangi. Shazrul mengalami kecederaan itu ketika sesi pemanas badan sebelum bermulanya perlawanan suku akhir Piala Tan Sri P Alagendra bertemu TNB Thunderbolts pada Khamis lalu di Stadium Hoki…










