KUALA LUMPUR 18 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menemui pihak pengurusan syarikat penerbangan di negara ini termasuk Malindo Air bagi mengadakan perbincangan berhubung isu penyeludupan dadah membabitkan kru penerbangan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, ini kerana sebelum ini terdapat beberapa kes penyeludupan dadah melibatkan kru penerbangan direkodkan. “Kita memang mengambil serius isu ini kerana ia melibatkan imej negara,” katanya ketika…










