Selangor sedia luluskan pembinaan jika permohonan lengkap - Utusan Malaysia

Selangor sedia luluskan pembinaan jika permohonan lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Selangor memberi jaminan untuk meluluskan projek pembangunan infrastruktur di sekitar kuil Batu Caves, sekiranya pihak pengurusannya mengemukakan permohonan yang lengkap kepada pihak berkuasa tempatan.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, permohonan tersebut perlu memenuhi setiap perincian serta keselamatan dalam pembinaan sebelum ia boleh dibangunkan.

“Kalau mereka (pihak kuil) hantar (permohonan) semuanya lengkap, tidak akan ada kekangan atau halangan untuk kita meluluskannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Sri Maha Subramaniar Swami di Bakut Caves, dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata sebelum ini, beberapa pembinaan di sebahagian bangunan dalam kawasan kuil itu dijalankan sebelum permohonan pembinaan dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN