KUALA LUMPUR 30 Jan. – Suruhanjaya Sekuriti (SC) menegur dan mengenakan penalti ke atas Deloitte PLT. (Deloitte) berikutan empat pelanggaran yang berkaitan dengan Program Sukuk Murabahah bernilai RM2.4 bilion yang diterbitkan oleh Bandar Malaysia Sdn. Bhd. (BMSB) pada 2014. SC berkata, Deloitte merupakan juruaudit berkanun untuk BMSB dan 1MDB Real Estate Sdn. Bhd. (1MDB RE) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2015 hingga 2016. SC berkata, Deloitte didapati…










