KUALA LUMPUR 3 Jan. – “Saya tidak malu untuk mengaku bahawa saya sudah mula membaca kembali Utusan Malaysia sekali sekala. Begitu juga dengan media-media yang lain seperti Berita Harian, yang sebelum ini saya tinggalkan selama berdekad.” Itu pengakuan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai perubahan yang berlaku dalam media arus perdana di negara ini. Menurut beliau, mutu penulisan dan objektiviti laporan media juga semakin baik. “Mungkin kerana mereka perlu bersaing,…










