MERIAH. Program Santai Seni Disember 2018 anjuran Persatuan Teater Alor Setar bertempat di Menara Alor Setar, Kedah di sini, baru-baru ini menampilkan pelbagai acara menarik.
Pengarah program itu, Dzulkamal Ismail memberitahu, semua acara disusun, termasuk persembahan nyanyian, deklamasi puisi, syair, tarian dan lain-lain mulai pukul 8.45 malam hingga 12 tengah malam.
Menurutnya, tarian kurek kundi dan tarian ngajat jampi bersama pahlawan iban yang lengkap berkostum diikuti acara menyumpit belon bersama penonton menarik perhatian penonton.










