Saman langkah terakhir selesai isu tanah Orang Asli – Ku Li - Utusan Malaysia

Saman langkah terakhir selesai isu tanah Orang Asli – Ku Li

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 19 Jan. – Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan tindakan kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Peguam Negara memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu Isnin lepas, berhubung tuntutan tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor di sini, merupakan tindakan terakhir bagi penyelesaian itu.

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

Tengku Razaleigh berkata, ia berikutan kerajaan Kelantan tidak pernah memberi perhatian serius terhadap tuntutan kaum itu malah membenarkan sebarang aktiviti yang memberi keuntungan kepada pihak lain.

Beliau mendakwa, ma­sya­rakat Orang Asli Temiar mempunyai hak ke atas tanah adat dan telah lama tinggal di kawasan berkenaan sejak turun-temurun sehingga tindakan kerajaan nege­ri membenarkan ak­tiviti pertanian ber­leluasa sehingga men­jejaskan kehidupan masyarakat ber­kenaan.

“Saya tidak begitu mahir berhubung pe­rundangan itu, tetapi pendapat saya barang kali dengan cara itu boleh menyelesaikan masalah tuntutan ta­nah adat Orang Asli di Pos Simpor,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Bukit Chekati di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan dengan pemimpin peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) bagi mendengar keluhan mereka berhubung beberapa masalah yang dihadapi selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Mengulas lanjut, Tengku Ra­zaleigh berkata kerajaan negeri sepatutnya telah lama mengambil tindakan sewajar­nya bagi menyelesaikan masalah berkenaan sehingga ia menarik perhatian kerajaan Persekutuan.

“Kalau kita hanya me­nimbangkan kegunaan tanah itu hanya kepada pihak lain sudah tentu ia menimbulkan kemarahan pihak yang berdepan banyak kerugian,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×