KUALA LUMPUR 11 Jan. – Phunware Inc., syarikat yang disenaraikan di Nasdaq, sebahagian besarnya dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd. dengan 2.2 juta saham menyaksikan harga saham melonjak lebih 2,000 peratus berbanding tahun lalu.
Menurut Bloomberg, peningkatan itu susulan pembekal perisian awan dari Texas berkenaan selesai bergabung dengan Stellar Acquisition Inc. pada akhir Disember 2018.
“Saham Phunware mengakhiri 2018 pada AS$14.26 (RM58.29) dan ditutup kepada AS$220 (RM899.34) pada Rabu lalu.
“Saham itu melonjak setinggi AS$550 (RM2,248) pada Khamis tetapi menurun secara mendadak sebanyak 29 peratus pada hari yang sama kepada AS$157 (RM641.8) disebabkan oleh turun naik pasaran.
Pelaburan Khazanah ke dalam firma inovasi dan teknologi termasuk Phunware, kini sekitar empat peratus daripada jumlah portfolionya. – UTUSAN ONLINE










