MADRID – Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo akan kembali ke Madrid Selasa ini bagi menghadiri perbicaraan kes penipuan cukai sewaktu bersama Real Madrid. Pemain berusia 33 tahun itu boleh dipenjara sehingga 24 bulan selain perlu membayar denda jika didapati bersalah. Ronaldo yang juga pemain antarabangsa Portugal dilaporkan akan mengaku bersalah pada perbicaraan tersebut selepas dia bersetuju untuk membuat pembayaran cukai berjumlah $21.43 juta (RM88.13 juta) kepada pihak berkuasa Sepanyol pada musim…










