MANILA 10 Jan. – Mahkamah Filipina hari ini memutuskan bekas pengurus bank Rizal Commercial Banking Corp (RCBC), Maia Dequito bersalah bagi lapan transaksi pengubahan wang haram yang menjadi kes rompakan siber terbesar di dunia.
Mahkamah Wilayah itu menjatuhkan hukuman penjara dari 32 ke 56 tahun dengan setiap satu pertuduhan memperuntukan empat ke tujuh tahun.
Sebanyak AS$81 juta (RM 331.74 juta) duit dicuri dari Bank Pusat Bangladesh kira-kira tiga tahun lalu. – REUTERS










