RM7,900 lesap ditipu Macau Scam - Utusan Malaysia

RM7,900 lesap ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 5 Jan. – Seorang pengurus Smart Reader Kids kerugian sebanyak RM7,900 selepas dipercayai terperdaya dengan sindiket Macau Scam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa berumur 28 tahun menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan memberitahu kononnya terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan dadah.

“Terkejut dan terlalu takut menerima maklumat tersebut mangsa tanpa berfikir panjang terus memberikan maklumat akaun dan kata laluan miliknya sebelum mendapati wang dalam akaunnya telah hilang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Norzainy, mangsa telah memberi maklumat akaun itu kerana diminta berbuat demikian selepas diberitahu tujuannya adalah untuk siasatan lanjut.

“Mangsa kemudiannya diminta untuk ke balai polis terdekat untuk proses pemulangan semula wang namun diberitahu ia adalah panggilan ‘scam’,” katanya.

Dalam pada itu, Noorzainy juga mengingatkan orang ramai tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor kad ATM atau nombor kad kredit kepada individu tidak dikenali.

“Kes berkenaan kini dalam siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN