KUALA TERENGGANU – Terengganu dijangka menerima kesan kemusnahan minimum daripada tempias ribut tropika Pabuk yang sedang melanda perairan Pantai Timur sejak semalam. Setiauasaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk A. Rahman Yahya berkata, setakat pukul 4 petang ini, pusat pusaran angin ribut tropika tersebut berada kira-kira 217 kilometer dari perairan Terengganu di Laut China Selatan dengan membawa angin dengan kelajuan hampir 68 kilometer sejam (kmj). Beliau berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia,…










