SHAH ALAM – Sebuah restoran di Seksyen 25 di sini yang tular susulan pekerjanya ditampar oleh pelanggannya kerana menegur merokok didapati menggunakan tangkal sebagai azimat yang digantung di sebelah ayat al-Quran di dalam restoran tersebut. Perkara itu terdedah hasil serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pukul 11 pagi semalam. Timbalan Pengarah Operasi JAIS, Salwana Ahmad Dahlan berkata, serbuan itu adalah hasil aduan orang ramai terhadap restoran tersebut kerana mengelirukan masyarakat…










