Raisuri Warrior muncul juara - Utusan Malaysia

Raisuri Warrior muncul juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Akademi Bola Sepak Raisuri mencipta aksi cemerlang permulaan apabila menjuarai Pertandingan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa bagi Kategori Bawah 8 dan 10 tahun yang di anjurkan oleh Kelab Bola Sepak Shoot, berpengkalan di Shah Alam, Selangor.


Kejayaan yang dikecapi hari ini akan menjadi pembakar semangat untuk kelab tersebut pergi lebih jauh memandangkan terdapat beberapa kejohanan antarabangsa yang akan di sertai tahun ini.

Antaranya adalah Kejohanan Bola Sepak Jemputan Hanoi, Sekolah Bola Sepak Bangkok, Thailand dan Junior Sekolah Bola Sepak Liga Singapura dan Kejohanan Bola Sepak Kanak-Kanak Terbesar Dunia, Piala Gothia yang bakal berlangsung di Gothenborg, Sweden.

Menurut pengasas dan Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Rasuri, Muzafar Abd. Mutalib, kejohanan tersebut merupakan pemanas badan sebelum menghadapi kejohanan antarabangsa lain tahun ini.

Beliau berpuas hati dengan pencapaian tersebut hasil kerja kuat setiap pemain dan barisan kejurulatihannya.

“Alhamdulillah, saya amat berpuas hati dengan kejayaan pada hari ini. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama untuk tahun ini dan kejayaan hari ini akan menjadi perangsang kepada semua pemain untuk memberikan aksi yang lebih baik untuk perlawanan akan datang.

“Sasaran kami adalah untuk melakukan aksi yang terbaik dalam Kejohanan Bola Sepak piala Gothia yang akan berlangsung di Sweden pada 14 hingga 21 Julai 2019 nanti,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN