PASIR MAS 19 Jan. – Kerajaan Persekutuan berharap Kerajaan Pas Kelantan dapat menyediakan tanah bersesuaian dan terletak di lokasi strategik bagi membolehkan pihaknya membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan Pusat komited mahu membantu meringankan beban rakyat Kelantan dengan mewujudkan lebih banyak PPR di seluruh negeri. Bagaimanapun kata beliau, jika PPR dibina di atas tanah tidak sesuai atau berada di…










