ILMU – Seramai 38 pelajar Sekolah Kebangsaan (1) Sultan Alam Shah, Petaling Jaya, Selangor mengambil bahagian dalam program Let’s Go To Mummies Lab anjuran Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.
Projek kemasyarakatan yang menerima dana geran penyelidikan dari Pusat Komuniti dan Kelestarian UM (UMCares) itu bertujuan untuk menambah minat murid sekolah dalam bidang sains dan matematik melalui penganjuran aktiviti-aktiviti menarik.
Pensyarah kanan Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM, Dr. Wan Safwani Wan Kamarulzaman berkata, galakan untuk mencambah minat pelajar sekolah terhadap subjek-subjek berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak.
“Usaha ini adalah seiring dengan pelaksanaan inisiatif pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21),” katanya melalui satu kenyataan baru-baru ini.










