CAMERON HIGHLANDS 12 Jan. – Laungan hancing, penipu, kencing dan barua serta rasuah yang dilaungkan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah mencetuskan sedikit kekecohan di luar pusat penamaan calon Parlimen Cameron Highlands di sini hari ini.
Perang mulut selama lebih 15 minit selepas kesemua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands beredar, berlaku di antara kedua-dua penyokong parti yang hanya dipisahkan oleh Sungai Bertam
Kedua-dua penyokong yang saling berbalas provokasi itu juga turut menunjukkan isyarat lucah selain menari sambil menunjukkan punggung ke arah penyokong parti lawan.

Selain itu, terdapat beberapa penyokong yang turut ‘mengibarkan’ wang sambil menjerit rasuah kepada penyokong BN.
Begitupun keadaan terkawal kerana penyokong kedua-dua parti tidak dapat bertembung kerana dipisahkan oleh Sungai Bertam. – UTUSAN ONLINE










