KUALA LUMPUR 30 Jan. – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus bagi pengguna Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) sempena Tahun Baru Cina pada 5 Februari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, kadar tol yang melibatkan kenderaan kelas pertama itu adalah sebanyak RM1.90 dan akan dikurangkan kepada RM1.70 bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam hari Selasa.
“Pemberian diskaun ini merupakan salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna setia GCE.
“Orang ramai boleh mengikuti maklumat trafik terkini GCE di Twitter @GCEtrafik atau layari laman web www.prolintas.com.my,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE










