Projek BDU dijangka tingkat permintaan terhadap kenaf - Utusan Malaysia

Projek BDU dijangka tingkat permintaan terhadap kenaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR 7 Jan. – Projek ‘Biodegradable Utensils’ (BDU) (perkakas terbiodegradasikan) yang akan dilaksana pada Ogos ini bagi menggantikan penggunaan polistirena dijangka meningkatkan lagi permintaan terhadap kenaf yang kini bernilai RM10 juta sebulan.

Shamsul Iskandar


Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata sehubungan itu, kementerian berkenaan akan memberi tumpuan terhadap tanaman kenaf di Chuping yang dilaksanakan di atas kawasan seluas 500 hektar.


BDU merupakan projek pembuatan bekas makanan daripada kenaf yang mesra alam, katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada 18 penerima daripada golongan sasar dalam industri kenaf bagi Projek Kenaf Batu Bertangkup, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Samsudin Noor.

Katanya bagi memastikan permintaan terhadap kenaf dapat dipenuhi, LKTN menggunakan teknologi canggih termasuk dron bagi tujuan pembajaan di ladang kenaf.

Usaha juga diambil bagi mengembangkan lagi komoditi kenaf sebagai sumber pendapatan baharu negara, katanya.- BERNAMA

 

 

 

 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN