Program Hari Wilayah dikurangkan - Utusan Malaysia

Program Hari Wilayah dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Jan. -Hanya 21 acara akan dianjurkan sempena Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sepanjang Februari ini berbanding 35 program pada tahun lalu ekoran pengurangan bajet.


Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, walaupun jumlah penganjuran acara terpaksa dikurangkan, kerajaan memberi jaminan setiap program yang dianjurkan itu berkualiti.


“Walaupun kita kurangkan kuantiti acara berbanding tahun lalu tetapi kita akan lebih menumpukan kualiti sesebuah program untuk mencapai yang terbaik,” katanya.


Beliau mengulas demikian selepas melancarkan kempen kibar bendera sempena Hari Wilayah Persekutuan 2019 yang akan berlangsung pada 1 Februari ini di lobi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 1, Jalan Raja Laut di sini, semalam.


Utusan Malaysia difahamkan bajet bagi program Hari Wilayah Persekutuan yang diperuntukkan pada tahun ini hanya separuh daripada jumlah yang diterima dalam bajet 2018 iaitu RM3.37 juta.


Khalid berkata, kementerian bersama DBKL akan menganjurkan program kenduri rakyat di Bandar Tun Razak di sini pada 10 Februari ini dalam usaha memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga kota. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN