SEBUT Cameron Highlands memang tidak dapat dipisahkan dengan strawberi. Malah, dalam media sosial pun membawang mengenai resipi nasi goreng strawberi Datuk Seri Ahmad Maslan. Namun hakikatnya, strawberi, kebun teh, sayur dan bunga hanyalah wajah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata yang merupakan satu daripada dua DUN yang membentuk Parlimen Cameron Highlands. Satu lagi DUN ialah Jelai yang mana sawit dan getah merupakan produk utama penduduk yang kini berdepan kemerosotan harga…










