PRK Cameron Highlands: SPRM letak pegawai di 'kawasan-kawasan panas' - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: SPRM letak pegawai di ‘kawasan-kawasan panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 9 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meletakkan pegawai dan anggota di ‘kawasan-kawasan panas’ untuk membanteras kegiatan membeli undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Sekiranya aktiviti kempen sedemikian berlaku dan disabitkan dengan kesalahan, tegas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Azhar Azizan Harun, maka tindakan tegas boleh diambil selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“SPR menyeru agar setiap calon atau parti politik yang bertanding tidak melaksanakan aktiviti kempen yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.

“Aktiviti-aktiviti ini adalah seperti aktiviti penjamuan, pemberian hadiah dan barangan, penggunaan kemudahan dan aset kerajaan, program kerajaan serta aktiviti kempen yang berunsurkan perkauman serta menyentuh sensitiviti agama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN