PRK Cameron Highlands: Kayveas tarik diri, umum sokong PH - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: Kayveas tarik diri, umum sokong PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 12 Jan. – Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

“Keputusan saya menarik diri daripada bertanding kerana mahu memberikan pertandingan yang adil di antara PH dan Barisan Nasional (BN).

“Biarlah satu lawan satu di antara PH dan BN namun saya memberikan sokongan kepada PH dan akan membantu kempen mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon PRK Cameron Highlands di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN