PRK Cameron Highlands: Calon tiba di pusat penamaan - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: Calon tiba di pusat penamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 12 Jan. – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor tiba dan mula memasuki kawasan pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di sini pada pagi ini.

Beliau yang ditemani Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu diiringi lebih 1,000 penyokong yang berada di luar perkarangan pusat penamaan calon.

CALON Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor hadir menyerahkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (
CALON Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor hadir menyerahkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands di SMK Sultan Ahmad Shah hari ini. .- UTUSAN ONLINE / KAMAL BASIR WAHAB

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) yang juga merupakan bekas calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, M. Manogaran juga tiba di pusat penamaan calon.

Bekas Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas pula tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.35 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN