PPj ambil tindakan ganti, kimpal - Utusan Malaysia

PPj ambil tindakan ganti, kimpal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 27 Jan.– Perbadanan Putrajaya (PPj) giat melaksanakan kerja-kerja mengganti dan mengimpal penutup lubang utiliti yang hilang di sini bagi mengelakkan kes kecurian berulang.

Pengarah Komunikasi Korporat PPj, Tengku Aina Tengku Ismail berkata, pihaknya telah menggantikan besi penutup yang hilang de­ngan penutup konkrit batu.

Beliau menegaskan, pihaknya memandang serius kes kecurian yang berlaku sejak kebelakangan ini dan akan mengambil langkah mengatasi masalah berkenaan.

“Kegiatan ini bukan sahaja merugikan harta benda malahan boleh menyebabkan kemalangan serta membahayakan keselamatan orang ramai.

“PPj telah membuat laporan dan menyerahkan kes ini kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Pada masa sama, seba­nyak lapan laporan polis telah dibuat oleh penduduk berhubung kes kecurian besi penutup longkang di sini sehingga mendapat perhatian orang ramai khususnya di media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kejadian itu.

“Dalam masa terdekat ini, Ketua Polis Kuala Lumpur (Datuk Mazlan Lazim) akan buat sidang akhbar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pada masa sama, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr. Aminuddin Hassim ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Park Run Putrajaya baru-baru ini juga enggan membuat sebarang ulasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN