Pos Malaysia lancar setem siri Perayaan - Utusan Malaysia

Pos Malaysia lancar setem siri Perayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengeluarkan reka bentuk setem bertemakan ‘Perayaan di Malaysia Siri 3 ‘ yang akan menemui orang ramai pada 15 Januari nanti.

Ketua Unit Setem dan Filateli, Diyana Lean Abdullah berkata, perayaan itu termasuklah Tahun Baharu Cina, Hari Keamatan, Pesta Gawai, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali yang digabungkan dalam bentuk Lembaran Mini (MS).

“MS memaparkan gabungan kesemua perayaan tersebut didatangkan dengan potongan ciri khas dan dakwat berkilauan bernilai RM5.00 setiap satu serta cap tarikh simbol perayaan digunakan bagi siri ini.

“Produk lain yang dijual termasuklah sampul hari pertama bersama brosur percuma dengan harga 50 sen manakala set lengkap siri ini boleh didapati pada harga RM80.00 setiap satu,” katanya dalam sidang akhbar di Jalan Sultan Hishamuddin di sini hari ini.

POS Malaysia melancarkan setem Perayaan Di Malaysia Siri Ke Tiga di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kuala
POS Malaysia melancarkan setem Perayaan Di Malaysia Siri Ke Tiga di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kuala Lumpur, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE/ ABDUL NAZIR MOHAMED 

Katanya, Pos Malaysia turut mencetak 200,000 keping setem untuk setiap reka bentuk, 30,000 keping sampul hari pertama, 25,000 keping MS dan 1,800 keping fail untuk siri kali ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN