Polis tahan empat rakan serumah ibu tunggal mangsa bunuh - Utusan Malaysia

Polis tahan empat rakan serumah ibu tunggal mangsa bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat rakan serumah seorang ibu tunggal warga Indonesia yang ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah sewanya di Taman Universiti, Seri Kembangan dekat sini petang semalam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, dua lelaki dan dua wanita Indonesia terbabit direman lima hari hingga Khamis depan.

“Motif kejadian disyaki disebabkan perselisihan faham atau cemburu akibat orang ketiga iaitu kekasih atau teman lain.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mempunyai teman lelaki warga Indonesia yang pernah mengajak mangsa berkahwin. Polis sedang mengesan teman lelaki mangsa yang melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, telefon bimbit milik mangsa turut hilang dipercayai dilarikan oleh suspek dan polis kini sedang giat mengesan suspek berkenaan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×