KOTA KINABALU – Polis merampas enam kilogram daun ketum di sebuah syarikat perkhidmatan kiriman cepat di sini pada Selasa yang dikirim dari Alor Setar, kedah. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, rampasan dibuat selepas tiada individu tampil menuntut kiriman itu. Kes disiasat menurut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. Sementara itu, beliau berkata, sepanjang seminggu operasi membanteras dadah di kawasan…










