PUTRAJAYA 3 Jan.- PKR masih tidak menerima sebarang notis dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung dakwaan parti itu akan digantung kerana berlaku penipuan dalam pemilihan parti baru-baru ini. Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau mengesahkan tidak mendapat makluman lagi berhubung perkara itu setakat ini. “Saya tidak baca lagi artikel berhubung perkara itu. Tetapi apa-apa pun sebarang aduan harus dibuat mengikut prosedur dan saluran yang betul termasuk daripada segi proses. “Jika ada sebarang isu berhubung perkara itu (dakwaan parti itu akan digantung), Setiausaha Agung parti yang akan menjawabnya,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya