Petronas bukan hanya satu syarikat, ia sebuah institusi
Oleh Mohamad Azlan Jaafar
9 Jun 2025, 7:00 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
APABILA Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bersin, satu Malaysia demam. Apa tidaknya. Ia syarikat dengan keuntungan terbesar di negara ini. Petronas satu-satunya syarikat tempatan disenaraikan dalam Fortune 500.
Pengeluar minyak negara itu menyumbang berbilion kepada kerajaan dalam bentuk dividen setiap tahun. Dividen itu membantu kerajaan berbelanja untuk pelbagai projek atau menutup kelompongan kewangan Putrajaya.
Sumbangan Petronas tidak termasuk berbilion cukai dibayar anak-anak syarikat tersenarai Petronas dan semua kakitangannya dalam bentuk cukai pendapatan. Bagaimana pula syarikat gas dan minyak yang bergantung kepada Petronas dan meraih keuntungan. Mereka menggaji kakitangan dan membayar cukai.
Malah naik turun prestasi kewangan Petronas menggerakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang menjadi pengukur ekonomi Malaysia. Jadi tidak hairan keputusan syarikat minyak milik
“semua rakyat Malaysia” itu untuk mengurangkan 10 peratus atau lebih sedikit 5,000 orang daripada 52,000 kakitangannya mendapat pelbagai reaksi.
Ada pemimpin politik mahu keputusan itu dikaji. Ada mahu ia diaudit keseluruhan untuk mengenal pasti punca sebenar.
Ada pemimpin Sarawak yang mengatakan ia tiada kena mengena dengan keputusan Kuching dan pengambilan operasi gas oleh Petroleum Sarawak Bhd. (Petros) di Sarawak. Ada menggesa kerajaan tidak menekan Petronas untuk dividen.
Terlalu banyak andaian dan analisis mengenai keputusan Petronas itu. Apa yang diketahui kebanyakan ahli politik.
Pertama dan terpenting, Petronas ialah syarikat dan institusi perniagaan. Matlamat mana-mana perniagaan untuk meraih keuntungan. Ia bukan badan kebajikan.
Semua perniagaan beroperasi berdasarkan dinamik-dinamik tertentu. Ia tidak statik. Apabila dinamik berubah ia memberi kesan kepada unjuran pendapatan. Apabila harga minyak jatuh, ia memberi kesan kepada Petronas. Setiap dolar kejatuhan minyak atau gas mengurangkan pendapatan syarikat minyak sebanyak berbilion ringgit.
Adakah Petronas dapat beroperasi seperti biasa jika unjuran pendapatan jatuh berikutan pemberian hak minyak dan gas kepada Sarawak atau pemberian cukai kepada negeri tertentu. Adakah usaha mencari minyak dan gas tidak memerlukan perbelanjaan modal dan hanya ditampung oleh kedudukan kewangan yang kukuh.
Perniagaan tidak kekal statik dan begitu juga Petronas sebagai mana-mana pengurusan yang bertanggungjawab kepada pemiliknya – rakyat Malaysia. Hari ini lebih banyak negara mengeluarkan minyak berbanding tiga dekad dahulu. Jumlah telaga bertambah.
Anda boleh menyatakan simpati kepada mereka yang akan dibuang kerja. Adakah negara perlu mengorbankan Petronas hanya kerana emosi atau politik?
Adakah itu dikehendaki mereka yang membantu membina Petronas sehingga sebesar hari ini seperti Allahyarham Tun Azizan Zainul Abidin, yang pernah menjadi Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Begitu juga Tan Sri Hassan Marican yang kedua-dua mereka ketika itu merencana fasa terpenting dalam pembangunan Petronas.
Penamatan pekerja kini menjadi perkara normal dalam perniagaan. Ya, ia menyedihkan tetapi institusi Petronas lebih besar daripada mana-mana individu. Dalam dunia hari ini, tiada lagi jawatan seumur hidup kecuali mungkin mereka yang bekerja dengan kerajaan atau menjadi ahli politik.
Anda tidak membakar kelambu hanya kerana nyamuk. Petronas adalah kelambu yang melindungi Malaysia.
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd. – UTUSAN

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved