Pindah projek perumahan ke seberang P. Pinang - Utusan Malaysia

Pindah projek perumahan ke seberang P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 5 Jan.  – Sudah tiba masanya untuk projek pembangunan perumahan di negeri ini dipindahkan ke kawasan seberang berbanding hanya bertumpu di bahagian pulau.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin, perkara itu berdasarkan pemerhatian beliau yang mendapati pembangunan di bahagian pulau sudah terlalu padat selain masalah kekurangan tanah.

Dalam masa sama, katanya, pembangunan yang berpindah ke bahagian seberang juga membolehkan bahagian pulau negeri ini terus berkembang sebagai sebuah bandar pelancongan dunia.

“Saya dapati bahagian pulau agak sesak kerana disinilah pusat pelancongan, perubatan pelancongan dan perindustrian selain Georgetown sendiri adalah Tapak Warisan Dunia.

“Jadi projek pembangunan perumahan di negeri ini boleh dipindahkan ke bahagian seberang, supaya ada lebih banyak ruang di bahagian pulau dan kawasan ini juga boleh dikembangkan semula (regenate) dan dibaik pulih (rejuvenate),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pameran Hartanah Pulau Pinang (Summit) 2019 di Bayan Baru di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, usaha memperluaskan komuniti dan masyarakat negeri ini dengan memperbanyakkan pembinaan rumah di bahagian seberang tidak sepatutnya menjadi masalah memandangkan terdapat dua buah buah jambatan yang menghubungkan kedua-dua kawasan ketika ini.

Malah, katanya, negeri ini juga berkemungkinan mempunyai terowong dasar laut pada masa depan sekali gus memudahkan lagi perhubungan antara bahagian seberang dan pulau.

“Saya juga mendapati pemaju di negeri ini sudah mula memindahkan pembangunan perumahan ke kawasan seberang seperti di Batu Kawan dan ini adalah sesuatu yang bagus,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN