BANGKOK 15 Jan.- Pilihan raya Thailand yang dijangka berlangsung pada 24 Februari depan berkemungkinan ditunda kepada Mac tahun ini.
Perkara itu disahkan dua pegawai dari suruhanjaya pilihan raya negara tersebut.
Pengumuman penangguhan itu masih belum dibuat, tetapi pegawai berkaitan memberitahu adalah mustahil pilihan raya diadakan pada tarikh berkenaan.
“Suruhanjaya pilihanraya tidak mempunyai masa mencukupi untuk membuat persediaan jika pilihan raya dibuat pada 24 Februari.
“Dua tarikh yang mungkin dipilih untuk melaksanakan pilihan raya adalah pada 10 atau 24 Mac depan,” katanya.- REUTERS










