Pesawat latihan TUDM mendarat cemas - Utusan Malaysia

Pesawat latihan TUDM mendarat cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 12 Jan. – Sebuah pesawat latihan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Pilatus PC-7 MKII yang berpangkalan di Kolej Tentera Udara (KTU) telah mendarat kecemasan di landasan kolej itu malam tadi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam TUDM hari ini, pesawat itu telah diterbangkan oleh seorang pelatih dari Institut Penerbangan 1 (Inspen 1) yang sedang melaksanakan penerbangan solo pada waktu malam.

Kata kenyataan itu, pesawat itu mula terbang pada pukul 10.14 malam dan mendarat cemas pada pukul 10.38 malam.

“Pelatih penerbangan itu disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian dengan lebih terperinci,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN