PULAU PINANG 19 Jan. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan empat persatuan agama Hindu di sini menggesa supaya penganut agama itu yang akan menyambut Thaipusam Isnin ini memecahkan hanya sedikit kelapa. Dalam kenyataan bersama, mereka berkata, wang yang digunakan untuk memecahkan kelapa boleh disalurkan untuk memenuhi pelbagai keperluan sebahagian daripada komuniti India yang masih hidup di bawah paras kemiskinan. Tambah mereka, membelanjakan wang untuk membeli beribu-ribu kelapa bukan tindakan…










