KUALA LUMPUR – Pihak polis menafikan kononnya terdapat pergaduhan besar yang berlaku di Flat Sri Johor, Salak Selatan di sini malam tadi, seperti yang tular di media sosial kerana ia hanya melibatkan dua individu sahaja. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, situasi tersebut kelihatan seperti insiden pergaduhan besar disebabkan kehadiran anggota polis yang ramai di lokasi sebaik menerima laporan berhubung kejadian tersebut. “Tidak wujud pergaduhan besar seperti yang tular sejak malam tadi di media sosial khususnya WhatsApp. Ia juga bukanlah rusuhan atau pergaduhan antara kaum,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya