MEXICO CITY 10 Jan. – Pihak Berkuasa Mexico menemukan 21 mayat di sempadan Mexico-Amerika Syarikat selepas kes tembak-menembak geng dadah di bandar Miguel Aleman, di sini kelmarin.
Ianya pertembungan antara dua geng lawan melibatkan perang kawasan bagi laluan penyeludupan dadah. – AFP










