WASHINGTON 28 Jan. – Seorang pensyarah Universiti Duke, Utara Carolina dipecat serta-merta sebagai pengarah Pusat Pengajian Siswazah institusi pengajian tinggi IPT) itu selepas mendesak pelajar China supaya tidak berkomunikasi dalam bahasa Mandarin. Dr. Megan Neely, seorang pembantu profesor dilaporkan menghantar emel kepada pelajar-pelajar program Sarjana Biostatistik dari dua fakulti berbeza yang tidak didedahkan supaya tidak menggunakan bahasa Mandarin sebaliknya menggunakan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi di tempat awam universiti berkenaan. Lapor BBC, dalam emelnya, Neely memberitahu, keengganan pelajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris hanya akan membawa ‘kesan tidak diingini’ kepada pelajar antarabangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya