Penolong Pengarah universiti ditahan terima suapan RM30,000 - Utusan Malaysia

Penolong Pengarah universiti ditahan terima suapan RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 23 Jan.- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Penolong Pengarah di sebuah universiti awam di negeri ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan bernilai lebih  RM30,000 malam semalam.

Turut ditahan adalah Pembantu Tadbir Kanan ketika kedua-duanya hadir ke Pejabat SPRM Selangor pada pukul 10.45 malam untuk 
memberi keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek masing-masing berusia 42 dan 47 tahun bersubahat menerima suapan lebih RM30,000 daripada sebuah syarikat periklanan sebagai balasan memilih dan mengesyorkan syarikat terbabit untuk kerja-kerja pembekalan dan percetakan di universiti itu

“Kedua-dua suspek akan direman di Mahkamah Shah Alam pagi ini dan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” kata sumber.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×